AKAD PEMBIAYAAN DI BAWAH KONSEP TAWARRUQ:

Pelanggan: Merujuk kepada klausa 2 dan klausa 9, saya dengan ini: –

  1. Meminta untuk membeli dan berjanji (wa‘d) untuk membeli komoditi dari pihak Pembiaya pada Harga Jualan.
  2. Melantik pihak Pembiaya sebagai wakil terhad untuk memuktamadkan belian komoditi tersebut secara Murabahah pada Harga Jualan bagi pihak saya,serta menerima pemilikan komoditi tersebut bersama dengan segala risiko dan liabiliti yang terkandung dalam aset tersebut mengikut terma dan syarat di dalam Perjanjian Pembiayaan Ar-Rahnu Tawarruq.
  3. Berkenaan pilihan pengambilan komoditi, sila tandakan (✓) pada kotak yang berkenaan:
    • Melantik pihak Pembiaya sebagai wakil saya untuk meneruskan penjualan komoditi tersebut kepada pihak ketiga pada Harga Belian (jumlah pembiayaan) dan jumlah pembiayaan akan dikreditkan ke dalam akaun saya atau dibayar tunai kepada saya (yang mana berkenaan); atau
    • Ingin mengambil komoditi tersebut dan menanggung segala kos dan caj yang berkaitan. Saya juga bersetuju dengan mengambil komoditi tersebut, jumlah pembiayaan tidak akan dikreditkan ke dalam akaun saya atau dibayar tunai kepada saya (yang mana berkenaan).

 

Pembiaya: Merujuk kepada klausa 2 dan klausa 9, kami bersetuju untuk menerima perlantikan sebagai wakil dan melaksanakan jual beli seperti yang dinyatakan di dalam tawaran di atas. Pihak kami juga akan melaksanakan kewajipan berkenaan transaksi, menjaga kepentingan Pelanggan dan bertindak dengan niat baik.

 

AKAD CAGARAN DIBAWAH KONSEP RAHN

Akad PEMBERI CAGARAN (Rahin-Pelanggan): Saya dengan ini mencagarkan barang cagaran (Marhun) seperti di ruangan keterangan Marhun kepada anda (pihak Pembiaya) sebagai cagaran kepada pembiayaan ini dan juga bersetuju dengan syarat dan peraturan termaktub seperti di atas.

 

Akad PEMEGANG CAGARAN (Murtahin-Pembiaya): Kami menerima cagaran Marhun seperti syarat dan peratuaran yang telah dipersetujui di atas.

Sebagai sekuriti untuk pembayaran sepenuhnya Harga Jualan, Pelanggan akan mencagarkan Marhun (iaitu barang kemas, emas atau barang yang dicagarkan) mengikut syarat-syarat yang tertera disini:-

1. PELANGGAN BERSETUJU:

  1. Bahawa Marhun yang dicagarkan adalah milik mutlaknya.
  2. Mencagarkan Marhun di bawah penjagaan Pembiaya seperti di dalam keterangan Marhun sebagai cagaran kepada pembiayaan ini. Pembiaya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang berlaku pada Marhun melainkan akibat salah laku, kecuaian atau pelanggaran sebarang terma yang dipersetujui.
  3. Membayar Harga Jualan yang diberi mengikut cara bayaran dan dalam tempoh seperti di SAP ini.
  4. Tertakluk kepada pembayaran penuh Harga Jualan, Pelanggan perlu hadir sendiri menebus Marhun.
  5. Sekiranya penebusan dilakukan melalui lantikan wakil, pelanggan perlu mengambil tindakan berikut:-
    1. Tujuan penebusan – Pelanggan perlu mengemukakan Borang Perlantikan Wakil yang ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah dan dimatikan setem;
    2. Semasa Tempoh Cagaran – perkara 1.5.1 adalah terpakai.
  6. Semakan fizikal Marhun hanya boleh dibuat di cawangan/kedai asal di mana Marhun dicagar.
  7. Membenarkan pihak Pembiaya untuk mendedahkan apa-apa maklumat, maklumat peribadi atau dokumen berkenaan pembiayaan dan cagaran Marhun Pelanggan kepada mana-mana pihak ketiga yang difikirkan wajar termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    1. pihak-pihak yang dibenarkan di bawah Seksyen 120 Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002;
    2. anak syarikat Pembiaya dan/atau mana-mana syarikat di bawah kumpulan Pembiaya; dan
    3. mana-mana syarikat atau institusi bagi tujuan perlaksanaan konsep Syariah dan pembelian/penjualan komoditi.
  8. Membenarkan pihak Pembiaya atau mana-mana ejen yang dilantik oleh Pembiaya untuk membuka sampul cagaran tanpa kehadiran Pelanggan untuk tujuan semakan emas.
  9. Kecuali Notis Tuntutan Terakhir yang akan diserahkan melalui pos berdaftar, segala notis dan surat menyurat hendaklah diserahkan melalui pos biasa di alamat tersebut di atas atau alamat terkini yang dimaklumkan oleh Pelanggan melalui notis bertulis, ataupun email (SMS dan email hendaklah dihantar ke nombor atau alamat email yang disahkan oleh Pembiaya).
  10. Surat menyurat hendaklah dianggap telah diserahkan oleh Pembiaya kepada Pelanggan selepas tujuh (7) hari daripada tarikh penghantaran dibuat.
  11. Pembiaya berhak menuntut Jumlah Pembiayaan dan Keuntungan setelah tamat tempoh dinyatakan pada notis yang berkaitan.
  12. Segala kos berkaitan dengan pembiayaan dan lelongan Marhun, serta apa-apa tindakan guaman hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Pelanggan.
  13. Pelanggan bukan seorang bankrap semasa tarikh pembayaran Harga Jualan dibuat.
  14. Tidak meminta Pembiaya bertanggungjawab sekiranya Pembiaya tidak dapat melaksanakan keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana obligasinya di bawah SAP ini, disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada kegagalan mana- mana alat mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kegagalan elektrik, pertikaian industri, kerajaan, atau pihak berkuasa tempatan atau apa-apa mogok, kecurian, rompakan, boikot, sekatan, bencana alam, kekacauan sivil atau sebab di luar kawalan Pembiaya.
  15. Menerima ganti rugi Marhun di atas, dalam bentuk tunai berdasarkan nilai Marhun pada masa barang tersebut ditaksirkan pada transaksi cagaran yang pertama setelah ditolak segala kos berkaitan jika berlaku kehilangan dan tidak akan membuat apa- apa tuntutan terhadap Pembiaya.
  16. Pembiaya berhak menggabung dan menyatukan semua atau mana- mana akaun Pelanggan dengan liabiliti kepada Pembiaya dan boleh menolak selesai (set-off), apa-apa jumlah tunggakan selepas tamat tempoh notis termasuk kos-kos berkaitan seperti dinyatakan dalam SAP dengan memberikan notis tujuh (7) hari notis kepada Pelanggan.
  17. Menanggung rugi Pembiaya sepenuhnya daripada dan terhadap apa-apa perbelanjaan termasuk kos-kos guaman atas dasar peguam cara dan pelanggan, kehilangan, kerugian, tuntutan atau liabiliti (dimana jumlah dalam perakuan Pembiaya akan, tanpa kesilapan yang nyata, dianggap sebagai muktamad) walau apa jua aspek sekalipun yang mungkin ditanggung atau dialami oleh Pembiaya akibat tuntutan oleh pihak ketiga berkaitan Marhun atau dalam menguatkuasakan atau dalam usahanya menguatkuasakan bayaran-bayaran dan dalam menguatkuasakan Terma dan Syarat SAP ini.
  18. Pelanggan mengesahkan bahawa beliau telah membaca, memahami serta bersetuju dengan Notis Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 di laman sesawang rasmi Pembiaya.
  19. Memberi hak mutlak kepada Pembiaya, atas budi bicara Pembiaya dan tanpa notis lain kepada Pelanggan, untuk menjual, menyerah, menovasi dan/atau memindah hak dan kepentingan atas SAP ini, termasuk atas Barang Cagaran, menurut sebarang transaksi pemfaktoran yang mungkin dimeterai oleh Pembiaya melalui platform yang dilantik oleh Pembiaya, dan jika notis perlu diberikan kepada Pelanggan menurut undang-undang, terma ini adalah notis yang diperlukan itu dan memadai. Terma ini juga terpakai untuk sebarang penjualan, penyerahan, novasi atau pemindahan hak dan kepentingan SAP ini yang seterusnya dimasa hadapan.
  20. Pembiaya boleh meminda/menambah syarat ini dari semasa ke semasa dengan memberikan dua puluh satu (21) hari notis kepada Pelanggan.

2. KAEDAH PEMBIAYAAN

Di bawah aturan Tawarruq dan menurut prosedur pembiayaan Pembiaya, Pelanggan akan membeli Komoditi daripada Pembiaya secara bayaran bertangguh dan kemudian menjual Komoditi kepada pihak ketiga untuk mendapatkan tunai mengikut cara berikut: –

  • Pembelian Komoditi oleh Pelanggan daripada Pembiaya

Merujuk kepada Pelantikan Pembiaya sebagai Ejen Pembelian, di mana Pelanggan telah melantik Pembiaya sebagai ejennya untuk membeli Komoditi daripada Pembiaya atas terma dan syarat yang terkandung dalam Klausa 9 di sini, Pembiaya hendaklah membuat transaksi Murabahah dengan Pelanggan berdasarkan terma dan syarat yang terkandung di dalam perjanjian ini di mana Pelanggan hendaklah membayar Harga Jualan Pembiaya secara bertangguh. Pelanggan juga bersetuju untuk menerima komoditi tersebut atas dasar “sebagaimana adanya” dan bersetuju untuk mengabaikan sebarang kecacatan (khiyar al-‘ayb) komoditi tersebut.

  • Penjualan Komoditi oleh Pelanggan Melalui Pembiaya sebagai Ejennya

Pelanggan telah melantik Pembiaya sebagai ejennya untuk menjual Komoditi bagi tujuan memperoleh Hasil Jualan berdasarkan terma dan syarat yang terkandung dalam Klausa 9 perjanjian ini. Pembiaya akan menjual Komoditi kepada Pembeli Komoditi secara bayaran tunai dan Hasil Jualan akan dikreditkan ke dalam Akaun Pembiayaan.

  • Pengesahan Transaksi

Selepas selesai penjualan Komoditi kepada Pembeli Komoditi seperti yang dinyatakan dalam klausa 2, Pembiaya akan mengeluarkan Pengesahan Transaksi atas permintaan Pelanggan.

3. CARA BAYARAN

  1. Jumlah Pembiayaan dan Bayaran Keuntungan Selepas Rebat hendaklah dibayar pada Tarikh Matang. Walaubagaimanapun, pihak Pembiaya atas budi bicara boleh melanjutkan tempoh pembayaran sekiranya Pelanggan membayar jumlah keuntungan pertama pada Tarikh Matang.
  2. Notis peringatan akan dihantar tiga puluh (30) hari dari tarikh tempoh bayaran Keuntungan dan empat belas (14) hari sebelum Tarikh Matang.

4. KEGAGALAN BAYARAN

  1. Sekiranya Jumlah Pembiayaan dan Keuntungan tertunggak tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan Marhun akan dilelong atau dijual. Pembiaya akan membatalkan lelongan Marhun sekiranya Pelanggan membayar tunggakan Keuntungan dan Harga Jualan sepenuhnya sebelum tamat tempoh lelongan yang ditetapkan.
  2. Sebarang lebihan hasil lelongan atau jualan (jika ada) setelah ditolak jumlah Harga Jualan tertunggak dan kos-kos berkaitan di klausa 4.1 akan dikembalikan kepada Pelanggan.
  3. Setelah tamat tempoh empat belas (14) hari tersebut, Pembiaya berhak untuk mengambil apa-apa tindakan undang-undang yang difikirkan wajib bagi menuntut.

5. CAJ & FI

Pelanggan bersetuju untuk membayar caj-caj yang dinyatakan dalam klausa 5 ini seperti berikut:

  1. Fi Perkhidmatan : Seperti yang tertera dalam SAP
  2. Fi Tawarruq : RM3.00
  3. Sebarang caj lain yang berkaitan dengan perjanjian ini yang akan dimaklumkan secara bertulis oleh Pembiaya.

6. IBRA’ (REBAT)

Pelanggan akan diberikan Ibra’ (Rebat) pada hari penjelasan berdasarkan polisi dan prosedur semasa Pembiaya yang akan dikira mengikut formula:

 

Jumlah Penyelesaian Awal = Baki Harga Jualan – Ibra’ – Kos-Kos sebenar yang lain (sekiranya ada)

Ibra’ = Keuntungan Keseluruhan – Keuntungan Terakru

7. HAK PEMBIAYA

Pembiaya berhak mengambil apa-apa tindakan undang- undang termasuk untuk melelong atau menjual Marhun yang dicagarkan sekiranya:

 

  1. Pelanggan gagal dan/ingkar menjelaskan Harga Jualan pada tarikh yang ditetapkan.
  2. Pelanggan gagal dan/ingkar membayar Jumlah Pembiayaan dan Keuntungan mengikut Cara Bayaran.
  3. Nilai Marhun semasa kurang daripada baki Harga Jualan dan Pelanggan gagal menjelaskan jumlah perbezaan dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh notis tuntutan oleh Pembiaya.
  4. Pelanggan terlibat dalam sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.
  5. Marhun bukan milik Pelanggan atau barangan curi.
  6. Marhun terlibat dengan hal penyitaan, pelucutanhak, perampasan atau ekspropriasi oleh mana-mana pihak berkuasa, kerajaan atau sepertinya.
  7. Terdapat tuntutan daripada mana-mana pihak terhadap Marhun yang dicagarkan.
  8. Pelanggan disahkan mati atau tidak siuman.
  9. Pelanggan menjadi seorang bankrap/muflis.
  10. Semakan berkala Pembiaya mendapati ketulenan Marhun berbeza dengan Keterangan Marhun yang mengakibatkan penurunan Nilai Marhun.
  11. Pelanggan melanggar mana-mana syarat dalam SAP ini dan apa-apa arahan Pembiaya yang berkaitan dengannya dari masa ke masa.

8. TA‘WIDH

Sekiranya terdapat kelewatan pembayaran Kemudahan, atas budi bicara Pembiaya, Pelanggan akan membayar kepada Pembiaya caj pembayaran lewat atas jumlah tertunggak tersebut pada kadar 1% setahun atau pada kadar dan dengan cara yang ditentukan dan diluluskan oleh Penasihat Syariah untuk Produk Pembiayaan Tawarruq Pembiaya.

9. TERMA DAN SYARAT PEWAKILAN

  1. Sifat dan Skop Pewakilan
    1. Pelantikan Pembiaya sebagai ejen Pelanggan menurut Pelantikan Pembiaya sebagai Ejen Pembelian dan Pelantikan Pembiaya sebagai Ejen Jualan adalah tanpa syarat dan tidak dapat ditarik balik dan Pembiaya, sebagai ejen Pelanggan, akan melakukan perkara berikut:
      1. bertindak bagi pihak Pelanggan sehingga dapat menyelesaikan pembelian komoditi Pelanggan daripada Pembiaya.
      2. bertindak bagi pihak Pelanggan sehingga dapat menyelesaikan penjualan komoditi Pelanggan kepada Pembeli Komoditi.
    2. Pembiaya dengan ini diberi kuasa untuk melaksanakan dan menyampaikan sebarang dokumen atau instrumen yang difikirkan perlu oleh Pembiaya untuk melaksanakan kewajibannya sehubungan dengan perkara-perkara yang dinyatakan dalam Klausa 9.1.1.
    3. Pembiaya akan menggunakan usaha yang wajar untuk memastikan hasil penjualan Komoditi olehnya sebagaimana yang dinyatakan oleh Klausa 9.1.1(b) tidak boleh kurang daripada Harga Belian.
    4. Tanpa menjejaskan keumuman Klausa 9.1.1, Pelanggan mengakui bahawa di bawah pengaturan yang dimiliki oleh Pembiaya dengan Pembeli Komoditi atau pembekal lain atau pihak ketiga, Pembiaya mungkin diminta untuk (dan Pelanggan bersetuju bahawa Pembiaya boleh) menyatakan bahawa ia bertindak sebagai ejen Pelanggan dan menamakan Pelanggan sebagai prinsipalnya.
    5. Pelanggan berjanji untuk membuat dan mengekalkan akaun dengan Pembiaya (Akaun) yang diberi kuasa oleh Pembiaya untuk beroperasi bagi pihak Pelanggan (jika berkenaan).
    6. Pembiaya mengakui dan mengesahkan bahawa semua jumlah Hasil Jualan kepada Pelanggan berkenaan dengan penjualan Komoditi sebagaimana yang dinyatakan dalam Klausa 9.1.1(b) di atas akan dikreditkan kepada Pelanggan dan menepati Perjanjian ini.
  2. Had Pewakilan
    1. Sehubungan dengan kuasa, budi bicara, kebenaran dan tugasnya di bawah Perjanjian ini, Pembiaya akan bertindak semata-mata sebagai ejen Pelanggan secara terhad (iaitu sebagai ejen berdasarkan perjanjian demi perjanjian) setakat yang dinyatakan secara tegas di sini dan tidak akan dianggap sebagai ejen untuk dan bagi pihak Pelanggan dalam hal lain.
    2. Pelantikan Pembiaya di bawah Pelantikan Pembiaya sebagai Ejen Pembelian berkuat kuasa dari tarikh Pelantikan Pembiaya sebagai Ejen Pembelian dan akan berakhir setelah pembelian Komoditi daripada Pembiaya selesai.
    3. Pelantikan Pembiaya di bawah Pelantikan Pembiaya sebagai Ejen Jualan berkuatkuasa dari tarikh Pelantikan Pembiaya sebagai Ejen Jualan dan akan berakhir setelah penjualan Komoditi daripada Pihak Ketiga selesai.
  3. Fi dan Perbelanjaan Pembrokeran
    1. Setakat mana-mana perbelanjaan, yuran dan komisen belum dipastikan dan diinvois kepada Pembiaya oleh Pembeli Komoditi sebelum Pelanggan menanggung kewajipan untuk membuat pembayaran Harga Jualan Pembiaya mengikut Perjanjian ini, maka perbelanjaan, yuran dan komisen sedemikian hendaklah menjadi terhutang dan perlu dibayar oleh Pelanggan kepada Pembiaya apabila Pembiaya menerima invois yang sepatutnya daripada Pembeli Komoditi, sebagaimana yang berkaitan, dan apabila Pembiaya kemudian memberikan invois yang sepatutnya kepada Pelanggan
  4. Tanggung Rugi
    1. Pembiaya tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan secara kontrak atau tort atau sebaliknya untuk apa-apa kerugian kewangan atau ekonomi samada secara langsung atau tidak langsung, kos, liabiliti, atau apa jua perbelanjaan (termasuk dan tidak terbatas kepada kehilangan keuntungan, kehilangan simpanan atau kehilangan nama baik) kecuali akibat daripada kecuaian teruk, keingkaran yang disengajakan atau penipuan oleh Pembiaya. Pembiaya tidak akan bertanggungjawab berhubung dengan keingkaran, kecuaian atau penipuan Penjual Komoditi, Pembeli Komoditi atau orang lain, firma, atau syarikat yang transaksinya terkandung dalam Klausa 9.1.1(a) dan 9.1.1(b) yang terjejas bagi pihak Pelanggan.
    2. Pembiaya tidak akan bertanggungjawab atas kegagalan Pelanggan untuk melaksanakan dengan sewajarnya dan menepati masa apa-apa tugas atau kewajiban masing-masing berdasarkan Perjanjian ini.
  5. Sekiranya tidak memadai, Pelanggan akan menanggung Pembiaya dari kerugian, kos (termasuk kos penguatkuasaan), liabiliti (termasuk sebarang tanggungan cukai), tuntutan, permintaan atau kerosakan yang dideritai atau ditanggung oleh Pembiaya dalam pelaksanaan tugasnya secara sah dan tepat di bawah Perjanjian ini kecuali jika kerugian, kos, liabiliti, tuntutan, permintaanatau kerosakan tersebut secara langsung disebabkan oleh sebarang kecuaian teruk atau penipuan atau keingkaran yang disengajakan oleh pihak Pembiaya.
  6. Kerahsiaan
    1. Pelanggan mesti menganggap perkara dalam Perjanjian ini adalah sangat sulit dan rundingan berkaitan Perjanjian ini, termasuk, tanpa had, kandungan, terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini tidak boleh didedahkan tanpa kebenaran bertulis daripada Pembiaya terlebih dahulu. Kewajipan di pihak Pelanggan ini akan kekal mengikat dan berterusan walaupun Perjanjian ini telah ditamatkan.
  7. Penyerahan dan Pemindahan
    1. Pembiaya boleh menyerahkan atau memindahkan hak, faedah, atau kewajipannya di bawah mana-mana transaksi di bawah Klausa 9 ini kepada mana-mana syarikat dalam kumpulan syarikat yang mana ia menjadi ahli atau mana-mana gabungannya tanpa kebenaran Pelanggan terlebih dahulu, kosnya, jika ada, hendaklah ditanggung oleh Pembiaya.

10. JADUAL PEMBAYARAN

Bulan

Jumlah Bayaran

Bulan Pertama

RM ##.##

Bulan Kedua

RM ##.##

Bulan Ketiga

RM ##.##

Bulan Keempat

RM ##.##

Bulan Kelima

RM ##.##

Bulan Keenam

RM ##.##

© 2025 MoneyMax Financial Services Ltd. 銀豐當.